Cari Blog Ini

Isnin, 10 Januari 2011

APA MAKSUD KREATIVITI

Menurut Kamus Webster's(1976) pemikiran kreatif ialah, " The ability to bring something new existence,". Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Definisi ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa sahaja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.

Kamus Dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan.

Menurut Viktor Lowengfeld(1975) Kreativiti ialah suatu naluri(instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak

Paul Torrance(1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang,mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan,menguji dan mengkaji semula hipotesis dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula

Bagi June King McFee, berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskan idea yang ada.

Viktor Lowenfeld dan Brittain(1982), kreativiti berkait dengan satu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbuza dan hasil yang unik, melalui pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga.

Edward De Bono(1992) menyatakan menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada dan mempunyai nilai.

Dunn(1992) menyatakan kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam memcuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan