Cari Blog Ini

Rabu, 9 Mac 2011

Apa Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Yang Boleh Dilaksanakan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni

Menurut Mok Soon Sang, 1992,Pedagogi 2
Pendekatan(Approach) - jalan yang diambil
Kaedah (Metod) - cara atau aturan
Teknik  (Technique)-kaedah membentuk teknik

Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran
1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

Apakah ciri-ciri strategi Pemusatan Guru ?
  • Guru memainkan peranan penting
  • Komunikasi sehala-guru banyak bercakap
  • Kepimpinan guru secara autokratik
  • Pencapaian objektif guru diutamakan
  • Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyuburan nilai murni
  • Penyampaian fakta secara menghafal
  • Interaksi di antara murid adalah pasif
  • Murid-murid kurang kreatif
  • Kaedah & Teknik-penerangan, demonstrasi, syarahan, bercerita
Apakah ciri-ciri strategi pemusatan Murid ?
  • Murid memainkan peranan
  • Komunikasi dua hala
  • Kepimpinan guru secara demokratik
  • Objektif pencapaian murid diutamakan
  • perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang (JERI)
  • Ujian formatif digunakan untuk memperbaiki kelemahan murid
  • Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna,memahami dan membuat kesimpulan
  • Peluang interaksi antara murid adalah positif
  • Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk
  • Murid-murid bersifat kreatif/berinisiatif
  • Kaedah & Teknik - projek, inkuari penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi,main peranan, sumbangsaran
Apakah ciri-ciri Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran ?
  • Bahan pelajaran memainkan peranan penting- Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran
  • Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/ bahan atau murid
  • Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran & pembelajaran diutamakan
  • Penekanan kepada jasmani,rohani & kognitif
  • Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan
  • Peluang interaksi antara murid banyak berlaku - sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil, ujikaji, projek
  • Pengetahuan daripada abstrak kepada konkrit dengan adanya bahan pelajaran
  • Kaedah & Teknik - komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, graf, spesimen, slaid, video, TV
Apakah Pendekatan Dan Strategi Kesepaduan ?
  1. Penggabungjalinan
  • Proses penyampaian beberapa kemahiran
  • Kecekapan melaksanakan aktiviti
  • Mendengar, lisan, membaca, menulis
  • Kemahiran Pendidikan Seni digabungkan dengan Bahasa Melayu
  1. Penyerapan